Tuesday, December 8, 2009

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia kepada semua Pelajar Reka Cipta 2009. Esok adalah kertas Reka Cita.
Petua.
Baca dan fahamkan apa yang sudah diberi (Analisis SPM 2004-2008 dan soalan2 Percubaan 2009)
Sebelum tidur, mita ibubapa doakan kamu dan kamu juga seharusnya berdoa.
Pastikan Malam ini anda tidur lebih awal (rehat yang cukup)
Pagi-pagi ambil dulu sarapan
Sebelum tinggalkan rumah minta rezeki dari kedua-dua orang tua (ibubapa)
Berdoa dulu sebelum anda mula menjawab soalan
Baca kertas soalan dengan teliti sehingga faham
Jawab soalan yang senang dahulu
Pastikan anda jawab semua soalan Bhg A (15 soalan), 2 soalan Bhg B (Jawab soalan 16 atau 17 dan 18 atau 19), 1 soalan dari Bhg C (Jawab soalan 20 atau 21)
Jawab dengan "SHORT & SHARP" (Ingat apa yang telah cikgu ajar)
Jika ada masa, periksan jawapan anda betul atau salah.
Bila habis berdoa ucapkan terima kasih kepada Tuhan dan jangan lupa juga kedua2 ibubapa dan guru.
Semoga anda berjaya.
CK LEE

Sunday, December 6, 2009

Teguran Soalan Percubaan RC 2009

Berdasarkan apa yang tuan puan hasilkan bagi merekabentuk soalan percubaan RC , saya dapati tahap item yang dibuat amat memuaskan.

Walau bagaimana pun, tuan puan harus akur kepada prinsip2 memasang item yang digubal di LPM. Antara prinsip yang perlu diakur dalam pemasangan item adalah:-

1. Mesti mengikut HSP ( Huraian Sukatan )- keluaran BPK 2002

2. Mesti mengikut JSU

3. Mesti mengikut Konstruk / aras / topik

- Bhg A - semua topik kecuali bab 1
- Aras Rendah ( solan yang mampu dijawab oleh semua calon)
- Bhg B - Bab Proses Reka bentuk
- Aras Rendah
( soalan jenis : 16 & 17 = NOI)
( soalan jenis : 18 & 19 = TOI)

- Bhg C - Bab Proses Reka bentuk
- Aras tinggi
( soalan jenis penilaian - biasanya ada 4 pecahan cth : 21 (a)

(b) i, ii

(c)

(d)

Terima kasih pada pihak tuan puan yang perihatin dalam proses menghasilkan soalan percubaan SPM mengikut standard LPM.

selamat maju jaya

Saturday, September 12, 2009

Thursday, August 20, 2009

Selamat Berpuasa untuk Guru-guru dan Pelajar yang Beragama Islam

Tuesday, August 18, 2009

Bahagian B (Harga)

Encik Ali seorang usahawan alatan yang mengeluarkan alat pelupusan tin aluminium. Untuk menghasilkan produknya, Encik Ali telah membeli sebuah mesin berharga RM6,000.00 dan menyewa sebuah bangunan dengan kadar RM550.00 sebulan.

Kos bahan yang diperlukannya ialah sebanyak RM 300.00. Encik Ali telah mengupah seramai 2 orang pekerja dengan bayaran sebanyak RM 400.00 sebulan untuk setiap orang untuk menghasilkan 1,000 unit produknya. Kos penggunan air dan elektrik adalah sebanyak RM450.00
Berdasarkan pernyataan di atas,

a. Kirakan ( tunjukkan jalan kerja ) :

(i) Kos Tetap [2 markah]
(ii) Kos Berubah [2 markah]
(iii) Kos Pengeluaran [2 markah]
(iv) Kos Purata [3 markah]


b. Sekiranya ia menetapkan harga jualan seunit sebanyak RM30.00, berapakah keuntungan yang diperolehnya bagi satu unit.
[3 markah]


c. Sekiranya margin keuntungan ditetapkan sebanyak 30%, berapakah harga keuntungan keseluruhan yang diperolehi bagi jualan produknya?
[3 markah]

Monday, August 17, 2009

Bahagian B (Tempat)

Rajah berikut menunjukkan satu produk sprinkler bergerak. Produk tersebut telah dijual dengan harga RM180.00 dengan kos purata sebanyak RM120.00

Nyatakan dua cara bagaimana harga jualan sprinkler bergerak itu telah ditetapkan
(2 markah)

Rajah di bawah menunjukkan salah satu cara promosi yang mereka akan gunakan untuk mempromosikan sprinkler bergerak ini. Huraikan tiga kriteria pemilihan kaedah promosi yang telah mereka pilih tersebut
(6 markah)



Rajah dibawah menunjukkan dua tempat dimana produk sprinkler bergerak ini akan dipasarkan
(2 markah)



Berdasarkan gambarajah tersebut, cadangkan satu tempat yang sesuai untuk memasarkan produk tersebut dengan mengisi sama ada X atau Y pada ruang dibawah
(1 markah)

Huraikan tiga sebab mengapa anda memilih tempat tersebut
(6 markah)

Bahagian C (Pemilihan Produk)


Azhar baru sahaja membeli sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Seri Indah. Oleh kerana cuaca panas, dia bercadang untuk membeli sama ada produk A atau produk B untuk dipasang dirumahnya.
(20m)


Produk A






Produk B





Cadangkan salah satu produk yang sesuai dipasang di rumah Azhar

Huraikan lima alasan mengapa anda mencadangkan produk tersebut.