Tuesday, August 18, 2009

Bahagian B (Harga)

Encik Ali seorang usahawan alatan yang mengeluarkan alat pelupusan tin aluminium. Untuk menghasilkan produknya, Encik Ali telah membeli sebuah mesin berharga RM6,000.00 dan menyewa sebuah bangunan dengan kadar RM550.00 sebulan.

Kos bahan yang diperlukannya ialah sebanyak RM 300.00. Encik Ali telah mengupah seramai 2 orang pekerja dengan bayaran sebanyak RM 400.00 sebulan untuk setiap orang untuk menghasilkan 1,000 unit produknya. Kos penggunan air dan elektrik adalah sebanyak RM450.00
Berdasarkan pernyataan di atas,

a. Kirakan ( tunjukkan jalan kerja ) :

(i) Kos Tetap [2 markah]
(ii) Kos Berubah [2 markah]
(iii) Kos Pengeluaran [2 markah]
(iv) Kos Purata [3 markah]


b. Sekiranya ia menetapkan harga jualan seunit sebanyak RM30.00, berapakah keuntungan yang diperolehnya bagi satu unit.
[3 markah]


c. Sekiranya margin keuntungan ditetapkan sebanyak 30%, berapakah harga keuntungan keseluruhan yang diperolehi bagi jualan produknya?
[3 markah]

No comments: